Ketua Polis Negara menghadap Sultan Kedah, bincang isu keselamatan

ALOR SETAR, 24 April– Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Polis Kedah dalam kenyataan memaklumkan, pertemuan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar itu berlangsung hampir 1 jam 30 minit.
 
Sultan Sallehuddin dan Tan Sri Razarudin turut membincangkan isu-isu keselamatan khususnya melibatkan keselamatan sempadan serta kawalan trafik.
 
Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.