Kilang proses buah kelapa sawit terbakar di Tanah Merah

KOTA BHARU, 17 Julai- Sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di Felda Kemahang 2, Tanah Merah terbakar malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata bomba menerima panggilan pada 11.25 malam dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan BBP Kemahang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kami dapati kilang telah terbakar sebanyak 50 peratus tetapi tidak melibatkan mangsa.

“Api berjaya dipadamkan pada 11.43 malam tadi menggunakan jentera FRT-2 serta sebuah tanker bomba,” katanya.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.