Lebih RM22 juta kerugian akibat kebakaran direkodkan JBPM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 28 Januari-Sebanyak RM22.8 juta kerugian akibat kebakaran dan lebih RM380 juta berjaya diselamatkan sepanjang tahun lepas.

Pengarah JBPM Negeri Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata jumlah tersebut berkurangan kepada 20 peratus iaitu RM27.36 juta yang dicatatkan pada tahun 2023.

Nor Mahathir turut mendedahkan kira-kira 2,622 panggilan kes kebakaran dan  sebanyak 2,473 panggilan penyelamatan direkodkan sepanjang tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, JBPM negeri masih berada dalam keadaan siap siaga dengan memberi tumpuan dan rondaan di kawasan pantai sepanjang Monsun Timur Laut yang masih lagi berlaku.

Sementara itu, Nor Mahathir yang ditemui pada Majlis Perbarisan tahunan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi, orang awam dan pengamal media serta penyerahan kenderaan pasukan Bomba Sukarela di sini.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.