Lelaki 42 tahun ditemukan maut dalam kereta di Kuching

KUCHING, 23 Oktober – Seorang lelaki berumur 42 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan perumahan Kastam Demak Laut di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki 42 tahun ditemui meninggal dalam sebuah kereta di kawasan perumahan Kastam Demak Laut.
  • Balai Polis Gita dikerahkan selepas menerima panggilan pada pukul 9.08 pagi.
  • Pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak; siasatan awal klasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Polis Gita digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pukul 9.08 pagi.

“Lelaki terbabit ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat,” menurut kenyataan itu.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.