Malaysia-Arab Saudi perkukuh kerjasama dalam pembangunan belia, diplomasi budaya

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Malaysia dan Arab Saudi berkongsi aspirasi yang sama dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pembangunan belia, inovasi sosial dan diplomasi budaya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia dan Arab Saudi memperkukuh hubungan dua hala terutamanya dalam pembangunan belia dan diplomasi budaya.
  • Perdana Menteri berbincang dengan Puteri Sama Faisal Al Saud mengenai peranan World Scouting Fellowship.
  • Fokus kepada inisiatif 'Messengers of Peace' untuk kesan positif terhadap pembangunan belia dan keamanan sejagat.
  • Kerjasama dijangka menjadi platform penting memperkukuh nilai kemanusiaan sejagat.
  • Kunjungan Puteri Sama bersempena penganjuran 77th World Baden-Powell Fellowship Event di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri yang telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Lembaga Yayasan Pengakap Dunia (WSF), Puteri Sama Faisal Al Saud, berkata perbincangan mereka menyentuh mengenai peranan WSF dalam memperkasa generasi muda di peringkat global.

Ini termasuk inisiatif ‘Messengers of Peace’ yang memberi impak positif terhadap pembangunan belia dan keamanan sejagat.

“Semoga jalinan kerjasama ini terus mekar dan menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kemanusiaan sejagat,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Puteri Sama di Putrajaya.

Kunjungan Puteri Sama bersempena penganjuran ’77th World Baden-Powell Fellowship Event’ yang berlangsung di Kuala Lumpur mulai semalam sehingga 26 Oktober ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.