MARDI hasilkan Varieti Padi Spesialti Baharu MRQ 107 dan 111

KUALA LUMPUR, 5 Jun– Varieti Padi Spesialti Baharu MRQ 107 dan MRQ 111 berjaya dihasilkan MARDI.

Dengan aroma bau yang unik dan lasak, ia sesuai untuk dijadikan beras rebus.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr Elixion Sunian, varieti tersebut telah ditanam di Felcra Seberang Perak.

Sebagai plot peningkatan skala, ia akan turut ditanam di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut bulan ini.

“Dari segi sebenarnya potensi hasil varieti yang MARDI hasilkan ini, hasilnya perlu sekurang-kurangnya lapan tan dan ke atas dan untuk varieti specialty varieti yang potensi hasilnya lebih kurang lima tan dan kebanyakan varieti ini ditetap di tanah oleh pesawah”, katanya yang ditemui RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.