METMalaysia keluar amaran ribut petir di Selangor, Sabah

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga pukul 9.00 pagi ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang dijangka terlibat adalah Selangor dan Sabah.

“Di Selangor, ia melibatkan Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Manakala di Sabah, membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” menurut kenyataan METMalaysia.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.