Nahas bas Rompin: Seorang lagi guru meninggal dunia

ROMPIN, 10 Jun-Seorang lagi guru yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di sini awal pagi semalam meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof; mangsa Dahlia Ahmad, 52, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al Mustagfirin Batu 3 Kuantan dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tuang 3, Masjid Tanah, Melaka.

Terdahulu turut terkorban dalam insiden terbabit, guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48; kelindan bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, dan Pembantu Operasi, Hamzah Ahmad, 60. 

Manakala  10 lagi individu sedang menerima rawatan di HTAA dan Hospital Muadzam Shah.

Sementara itu; Jenazah Pembantu Operasi SK Jeram, Hamzah Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 11.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Londang, Alor Gajah.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al Ehsan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan terbabit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.