Pelaksanaan PDPR sepanjang tempoh baik pulih SK Baling

ALOR SETAR, 22 November – Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, (PdPR), dilaksana sepanjang tempoh baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Baling.

RINGKASAN BERITA AI
  • PdPR diteruskan sepanjang tempoh baik pulih SK Baling untuk memastikan pembelajaran tidak terganggu.
  • Kerja pemulihan dilaksanakan segera oleh JPN Kedah bagi memulihkan operasi sekolah.
  • Siasatan terperinci dan penilaian kerosakan dijalankan untuk tentukan skala baik pulih diperlukan.
  • Keselamatan murid, guru dan warga sekolah diutamakan; langkah sewajarnya diambil untuk kembalikan persekitaran selamat.

Jabatan Pendidikan Negeri, (JPN) Kedah memaklumkan, kerja-kerja pemulihan dilaksana segera bagi memastikan operasi sekolah berjalan seperti biasa dalam tempoh terdekat.

“Tiada sebarang kecederaan dalam kejadian kebakaran, semalam.

“Siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden, manakala penilaian kerosakan sedang dilakukan untuk menentukan skala baik pulih yang diperlukan,”menurut kenyataan.

JPN Kedah memberi jaminan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah kekal menjadi keutamaan, dan semua langkah sewajarnya diambil bagi memastikan persekitaran sekolah kembali selamat.

Beberapa bahagian sekolah termasuk pejabat pentadbiran, beberapa bilik darjah dan tandas, rosak akibat kebakaran, semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.