Perjanjian perdagangan Malaysia-AS dimuktamad Ahad ini

KUALA LUMPUR, 24 Oktober– Malaysia kini berada di peringkat akhir rundingan bagi memeterai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rundingan perjanjian perdagangan Malaysia-AS kini di peringkat akhir dan dijangka dimuktamadkan Ahad ini semasa lawatan Presiden AS.
  • Tengku Zafrul mengesahkan kemungkinan perjanjian ditandatangani semasa lawatan itu selepas rundingan berjalan lama.
  • Perbincangan tarif AS dijangka dijalankan secara dua hala antara Washington dan setiap negara, termasuk negara-negara ASEAN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perkara itu akan disahkan menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Ahad ini.

“Rundingan kini berada di peringkat akhir, dan saya boleh sahkan bahawa ia akan dimuktamadkan pada hari Ahad ini. Bagi Malaysia, rundingan ini telah pun berjalan, dan kita akan lihat sama ada sebarang perjanjian dapat dimuktamadkan atau ditandatangani semasa lawatan Presiden Trump ke Malaysia, ” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Tambah beliau, rundingan mengenai tarif Amerika Syarikat itu dijangka dijalankan secara dua hala bersama Washington dengan setiap negara, termasuk negara-negara ASEAN.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat telah mencapai “suatu bentuk kesimpulan”.

Perkara itu sekaligus memberi bayangan perbincangan berkenaan hampir selesai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.