Petugas kesihatan Johor terima duit raya RM100

ISKANDAR PUTERI, 26 Mac– Johor akan memberi sumbangan duit raya RM100 kepada setiap petugas kesihatan dalam negeri.

Pemberian itu melibatkan lebih 26,000 penerima dan pembayaran dijangka bermula, awal April ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata pemberian duit raya itu adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan bakti petugas-petugas kesihatan.

“Kita baharu sahaja lulus dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) tadi. Oleh itu, bayaran mula dibuat pada awal bulan April nanti.

Sumbangan ini adalah kali pertama dalam sejarah untuk kerajaan negeri bagi RM100 sebagai penghargaan, sebagai duit raya, kepada kakitangan kesihatan dalam negeri Johor,” kata Tian Soon kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Aset Perubatan dan Bukan Perubatan di Klinik Kesihatan Gelang Patah.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.