Putin tidak hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

PUTRAJAYA, 23 Oktober – Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Vladimir Putin tidak akan hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur; beliau akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak.
  • Anwar Ibrahim mengesahkan pengesahan itu dalam taklimat khas media, menamatkan spekulasi mengenai kehadiran Putin.
  • Sidang itu tetap dihimpunkan pemimpin dunia lain termasuk Presiden AS dan pemimpin China, Jepun serta negara anggota ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Putin akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak.

“Presiden Putin mengesahkan beliau tidak akan hadir, namun sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk datang pada tahun hadapan. Buat masa ini, beliau akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sesi taklimat khas media bersama wartawan tempatan dan antarabangsa, di sini.

Pengesahan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehadiran Putin, selepas beliau sebelum ini memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar “mempertimbangkan dengan serius” untuk hadir ke sidang berkenaan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijangka menghimpunkan beberapa pemimpin utama dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta pemimpin dari China, Jepun dan negara anggota ASEAN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.