Resolusi PBB gencatan senjata di Gaza, buka ruang bantuan

KUALA LUMPUR, 28 Mac– Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi gencatan senjata di Gaza yang telah dicapai, membuka ruang untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas.

Bantuan itu termasuk bekalan makanan, minuman dan perubatan selain bekalan bahan api untuk menghidupkan semula operasi di hospital-hospital terjejas, memberikan perkhidmatan kepada mereka yang tercedera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menerusi kenyataan berkata rejim zionis Israel masih bersikap melampaui batas kemanusiaan dengan meneruskan serangan dan tidak mempedulikan resolusi yang dicapai.

“Resolusi 2728 Majlis Keselamatan PBB ini adalah amat ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat antarabangsa terutamanya umat Islam di seluruh dunia yang mencintai keamanan dan kesejahteraan.”

“Sudah sekian lama, rakyat Palestin di Gaza telah berdepan dengan ujian malapetaka kemanusiaan terutamanya di bulan Ramadan, tiada makanan dan minuman serta perubatan kerana kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel,” kata kenyataan itu.

Beliau menyeru seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk terus membaca Qunut Nazilah serta menunaikan solat hajat di surau dan masjid agar Allah SWT sentiasa melindungi rakyat Palestin.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.