Rumah runtuh, lelaki 58 tahun maut dalam runtuhan

KUCHING, 4 Januari- Seorang lelaki berusia 58 tahun maut selepas rumah setingkat yang didiaminya runtuh dalam kejadian awal pagi tadi di Lorong 17, Jalan Stampin Baru di sini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi.

Mangsa, Lim Inn Tong, berjaya dikeluarkan daripada runtuhan pada pukul 4.05 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.