Stor di UIAM musnah 50% dalam kebakaran

GOMBAK, 22 November – Sebuah stor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM), musnah 50 peratus dalam kebakaran, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Stor UIAM musnah kira-kira 50% dalam kebakaran malam tadi.
  • Panggilan kecemasan diterima sekitar pukul 9.03 malam.
  • Pasukan dari BBP Selayang dihantar ke lokasi untuk tindakan kecemasan.
  • Orang ramai membantu memadam kebakaran sebelum pasukan bomba tiba.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan; bomba menjalankan pemantauan keselamatan.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Selangor memaklumkan panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 9.03 malam dan sepasukan pegawai dan anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, ke lokasi.

Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang ramai.

Pasukan bomba dan penyelamat kemudian membuat pemantauan bagi memastikan lokasi sekitar selamat.

Insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.