Talian 999 terus beroperasi, SaveME999 hanya saluran sokongan

KUALA LUMPUR, 20 November – Telekom Malaysia (TM) memaklumkan perkhidmatan panggilan suara 999 kekal berfungsi dan terus menjadi saluran utama untuk bantuan kecemasan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkhidmatan panggilan suara 999 kekal berfungsi dan terus saluran utama kecemasan.
  • Aplikasi SaveME999 hanyalah saluran tambahan, bukan pengganti talian 999.
  • TM mengakui beberapa orang awam mengalami kesukaran dan respons perlahan pada fasa awal NG MERS 999.
  • Orang awam diingatkan agar yakin insiden akan diutamakan dan ditangani sepenuhnya.

Dalam kenyataan rasmi, TM menjelaskan aplikasi mudah alih SaveME999 hanya berperanan sebagai saluran tambahan bagi perkhidmatan kecemasan dan bukan pengganti talian 999.

“TM turut mengambil maklum segelintir orang awam menghadapi kesukaran menghubungi talian kecemasan serta respon yang agak perlahan pada fasa awal penghijrahan Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999),” menurut kenyataan itu.

Pihak TM menekankan talian 999 direka untuk kegunaan individu dan keluarga dalam situasi mendesak.

Orang awam diingatkan agar menaruh keyakinan bahawa setiap insiden akan diutamakan dan ditangani pada tahap tertinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.