Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan, menstabilkan kadar antara bank jangka pendek.
  • Mudah tunai konvensional turun kepada RM37.50 bilion daripada paras pagi tadi.
  • Mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM23.70 bilion daripada RM17.53 bilion sebelum ini.
  • BNM menawarkan tender repo berbalik konvensional dan repo berbalik Islam bagi menyelaraskan kecairan.
  • BNM juga menyemak semula tender semalaman Murabahah meningkat daripada RM17.8 bilion kepada RM23.7 bilion.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM37.50 bilion daripada RM42.58 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam meningkat kepada RM23.70 bilion daripada RM17.53 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan satu tender repo berbalik dan satu repo berbalik Islam. 

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM17.8 bilion kepada RM23.7 bilion.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM37.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.70 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 23 Oktober 2025. -BERNAMA 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.