Malaysia kekal destinasi pilihan pelabur

KUALA KUMPUR, 19 November -Malaysia kekal berada pada landasan kukuh untuk mengekalkan momentum pelaburan selepas merekodkan RM285.2 bilion nilai pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kestabilan politik dan dasar ekonomi konsisten menjadi pemangkin utama menarik dan mengekalkan pelaburan.
  • Permintaan domestik yang kukuh menyokong momentum pelaburan dan pertumbuhan ekonomi berterusan.
  • Sektor bernilai tinggi memainkan peranan penting membawa masuk pelaburan baharu berkualiti.
  • Pendekatan 'whole-of-government' MIDA mempercepat kelulusan dan mempertingkatkan keyakinan pelabur asing.

Peningkatan 13.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu itu, mencerminkan keyakinan pelabur yang konsisten terhadap daya tarikan ekonomi Malaysia.

Menurut Felo Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nur Surayya Mohd Saudi, momentum positif berkenaan dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta kemampuan sektor bernilai tinggi membawa masuk pelaburan baharu.

“Secara keseluruhannya, kestabilan politik dan dasar ekonomi yang konsisten telah menjadi pemangkin kepada prestasi pelaburan dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Tanpa asas kukuh dan arah pembangunan yang jelas, pencapaian seperti ini pasti sukar direalisasikan,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan ‘whole-of-government’ yang dilaksanakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut mempercepatkan proses kelulusan, selain membantu memenuhi keperluan pelabur dengan lebih menyeluruh.

Langkah itu juga katanya, mengukuhkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran domestik dan mempercepatkan realisasi projek pelaburan berskala besar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.