Niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini.

Pada pukul 9.12 pagi, Oktober 2023 merosot 2.5 mata kepada 1,414.5, November 2023 berkurangan 3.0 mata kepada 1,414.5, Disember 2023 susut 7.0 mata kepada 1,412.5 dan Mac 2024 merosot 5.0 mata kepada 1,403.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,178 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,997 kontrak.

Selepas 31 minit dagangan, FBM KLCI berkurangan 4.47 mata kepada 1,415.54 daripada 1,420.01 pada Selasa. – BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.