Niaga hadapan fFBM KLCI kekal rendah pada dagangan tengah hari

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan tengah hari.

Pada waktu rehat tengah hari, kontrak Februari 2025 merosot 4.5 mata kepada 1,594.5, Mac 2025 menurun 5.5 mata kepada 1,573.0, Jun 2025 menyusut empat mata kepada 1,579.0 dan September 2025 turun tiga mata kepada 1,567.5.

Jumlah dagangan berada pada 2,809 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 37,872 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI menyusut 1.36 mata kepada 1,590.92 berbanding 1,592.28 ketika ditutup pada Khamis. – BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.