Niaga hadapan KLIBOR dijangka kekal lengang minggu hadapan

KUALA LUMPUR, 11 Oktober -Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lengang minggu hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak niaga hadapan KLIBOR dijangka kekal lengang minggu hadapan.
  • Tiada dagangan direkodkan minggu ini; jumlah dagangan dan kepentingan terbuka sifar.
  • Kontrak bulan terdekat (Okt, Nov, Dis, Mac) mencatatkan harga sama pada 96.45.
  • Pendasar KLIBOR tiga bulan dilaporkan pada 3.22 peratus setakat 10 Okt 2025.

Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu ini, dengan jumlah dagangan serta kepentingan terbuka adalah sifar.

Bulan semerta Oktober 2025, November 2025, Disember 2025 dan Mac 2026, kesemuanya berada pada 96.45.

Sementara itu, pendasar KLIBOR tiga bulan berada pada 3.22 peratus setakat 10 Oktober 2025. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.