Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan dengan pergerakan mendatar dan sedikit kecenderungan menaik, dipengaruhi faktor penawaran dan permintaan yang seimbang.

Pakar industri berkata keadaan cuaca berpotensi mempengaruhi bekalan susulan ramalan ribut petir dan hujan berterusan di beberapa kawasan, yang boleh mengurangkan aktiviti menoreh.

Keadaan itu menjadikan langkah membeli dan menyimpan stok sebagai satu pilihan munasabah, terutama dalam persekitaran cuaca yang semakin tidak menentu akibat perubahan iklim.

Peserta pasaran juga perlu memantau perkembangan geopolitik serta turun naik kadar pertukaran yang terus memberi kesan kepada prospek pasaran getah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.