Ringgit catat prestasi paling kukuh dalam tempoh enam tahun apabila diniagakan sekitar RM4.07 berbanding dolar AS, didorong keyakinan pelabur, dasar ekonomi berkesan dan penilaian positif IMF terhadap daya tahan ekonomi Malaysia. Pengukuhan ini bukan saja bantu turunkan kos import dan tingkat kuasa beli rakyat, malah kerajaan mahu pastikan manfaatnya benar-benar dirasai melalui harga lebih rendah, peluang kerja adil dan kualiti hidup lebih baik.