10 maut, 7 cedera masjid bersejarah di Nigeria runtuh

(FOTO REUTERS)

KADUNA, 14 Ogos- Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan tujuh lagi cedera apabila sebuah masjid bersejarah di sini, dekat Nigeria, runtuh pada Jumaat lalu.

Emir Zazzau, Ahmed Bamalli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunaikan solat asar sekitar pukul 4.00 petang waktu tempatan.

“Bangunan runtuh dan menimpa jemaah yang sedang solat,” katanya.

Masjid Zazzau Emirate telah dibina pada tahun 1830-an. -Reuters

(FOTO REUTERS)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.