10 maut kebakaran rumah jagaan di Uruguay

MONTEVIDEO, 8 Julai- Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas pada pagi Ahad di Treinta y Tres di timur Uruguay, kata pihak berkuasa tempatan dan media.

Punca kebakaran itu masih belum diketahui.

Kerajaan Treinta y Tres, sebuah bandar dengan kira-kira 25,000 orang, terletak 250km dari ibu negara Montevideo, mengisytiharkan tiga hari berkabung di media sosial.

Dalam catatan Facebooknya, ia tidak menyatakan punca kebakaran dan sama ada terdapat mangsa yang cedera.

Reuters tidak dapat butiran secara terperinci berhubung insiden itu atau menghubungi pihak berkuasa tempatan.- REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.