30 hospital, pusat kesihatan di Gaza berhenti operasi

GAZA, 29 Oktober – Sekurang-kurangnya 30 hospital dan pusat kesihatan berhenti operasi sejak tentera zionis Israel memulakan perang tanpa henti ke atas wilayah Gaza, kata pegawai Kementerian Kesihatan.

Menurut laporan Al Jazeera, mereka telah kehabisan bekalan perubatan dan bahan api.

Beberapa hospital terpaksa menutup beberapa fasiliti daripada terus beroperasi.

Di Hospital Nasr, hanya jabatan kecemasan yang beroperasi manakala setiap jabatan lain terpaksa ditutup sebagai langkah penjimatan bahan api dan juga bekalan perubatan.

Lebih banyak hospital dijangka ditutup sepenuhnya dalam beberapa jam dan beberapa hari mendatang jika tiada bekalan dibenarkan masuk ke Gaza.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.