89 gegaran susulan landa Myanmar dalam tempoh 10 hari selepas gempa 28 Mac

YANGON, 6 April– Sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar dalam tempoh 10 hari selepas negara itu dilanda gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter 28 Mac lalu, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, lapor Xinhua pada Ahad.

Gegaran susulan berukuran antara 2.8 hingga 7.5 magnitud, berlaku selepas gempa bumi dahsyat yang menggegarkan negara itu pada 12.51 tengah hari waktu tempatan.- BERNAMA-XINHUA

 

Hey there! Ask me anything!