Angelina Jolie lawat sempadan Rafah, tinjau usaha bantuan ke Gaza

MESIR, 2 Januari -Pelakon terkenal Angelina Jolie, pada Jumaat mengunjungi bahagian Mesir di sempadan Rafah ke Gaza.

Bintang Hollywood itu bertemu anggota Bulan Sabit Merah serta pemandu lori yang membawa bantuan kemanusiaan, menurut wartawan AFP di lokasi.

Menurut laporan media tempatan, beliau yang juga bekas utusan khas kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melakukan lawatan berkenaan bagi meninjau keadaan rakyat Palestin yang cedera dan dipindahkan ke Mesir, selain melihat sendiri proses penghantaran bantuan ke wilayah Gaza yang musnah akibat konflik.

Lawatan Jolie itu dilihat sebagai usaha menunjukkan solidariti antarabangsa serta menarik perhatian dunia terhadap keperluan kemanusiaan yang mendesak di Gaza. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.