Angka kematian perang di Gaza cecah 11,240 – Hamas

SEMENANJUNG GAZA, 14 November– Angka kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 11,240 orang semalam, selepas lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas.

Menurut kerajaan Hamas, antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita, kata kerajaan, dengan 29,000 lagi cedera.

Sementara itu, kementerian kesihatan dikendalikan Hamas berkata terdapat berpuluh-puluh mayat di jalan di utara Gaza, di mana pertempuran paling hebat berlaku.

Menurut kementerian itu, ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan menjadi sasaran serangan Israel. – AFP

Hey there! Ask me anything!