WASHINGTON, 4 Januari – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan bahawa Washington akan “mengurus” Venezuela selepas Presiden Nicolas Maduro ditahan dalam satu serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Caracas, awal pagi Sabtu.
Trump berkata Amerika Syarikat akan mentadbir Venezuela sehingga satu “peralihan selamat” dicapai, termasuk merancang penglibatan syarikat minyak bagi memanfaatkan rizab minyak negara itu.
Trump berkata Amerika Syarikat tidak menolak menempatkan tentera darat ke Venezuela dan secara terbuka untuk menguasai sektor minyak di negara itu.
Trump turut memberi isyarat kesediaan bekerjasama dengan Naib Presiden Delcy Rodriguez.
Serangan itu mencetuskan kebimbangan antarabangsa apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyuarakan kebimbangan undang-undang antarabangsa, manakala China dan Perancis mengecam tindakan Amerika Syarikat.
Ketegangan meningkat sejak beberapa bulan lalu apabila AS menuduh Maduro terbabit dalam pengedaran dadah, termasuk lebih 20 serangan udara di perairan berhampiran Venezuela sejak September, namun dakwaan itu dinafikan Caracas.
Bagaimanapun, pada Khamis, Maduro memberi isyarat kesediaan untuk berunding dengan AS bagi kerjasama memerangi penyeludupan dadah. – AFP