
COPENHAGEN, 5 JANUARI – Denmark dan Greenland menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghentikan ancaman untuk mengambil alih Greenland, susulan kenyataannya yang mengulangi hasrat itu dalam wawancara dengan majalah The Atlantic.
“Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang hak untuk menguasai mana-mana negara dalam Kerajaan Denmark.
“Kenyataan Trump itu tidak memang masuk akal,” tegas Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen.
Trump dipetik berkata, Washington memerlukan Greenland atas alasan pertahanan, sehari selepas beliau mendakwa Amerika telah menahan Presiden Venezuela dan akan mentadbir negara itu.
Kenyataan berkenaan mencetuskan kebimbangan di Denmark bahawa pendekatan sama boleh dikenakan terhadap Greenland, wilayah autonomi Denmark di Artik.
Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen menyifatkan kenyataan Trump yang mengaitkan Greenland dengan Venezuela dan campur tangan ketenteraan sebagai tidak tepat serta tidak menghormati rakyat Greenland.
Greenland mempunyai kedudukan strategik antara Eropah dan Amerika Utara serta kaya dengan sumber mineral.
Namun kekal bergantung kepada subsidi Denmark meskipun mempunyai hak untuk mengisytiharkan kemerdekaan di bawah perjanjian 2009. – REUTERS