Askar terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan

BEIRUT, 20 November- Seorang askar terbunuh dalam serangan Israel ke atas kenderaan tentera, semalam.

Demikian menurut kenyataan oleh Tentera Lubnan di X.

“Seorang askar meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami akibat serangan tentera Israel ke atas sebuah kenderaan tentera di selatan Lubnan,” menurut kenyataan itu.

Kejadian berlaku sehari selepas tentera melaporkan tiga askar terbunuh apabila Israel menyerang tentera Lubnan.

Serangan Israel turut menyebabkan dua lagi anggota mengalami kecederaan dalam insiden di selatan Lubnan. – AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.