Banjir di Vermont, dua orang maut

LYNDONVILLE, 13 Julai- Banjir yang melanda Vermont, Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut, setakat Khamis lalu.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan sebuah bangunan dihanyutkan banjir.

Banjir turut menyebabkan banyak kediaman terjejas, selain jalan raya terputus hubungan.

Kebanyakan sungai di Vermont mencapai paras yang berbahaya.

Terdahulu, Taufan Beryl telah menyebabkan hujan lebat selama beberapa hari di Vermont sehingga mencetuskan kejadian banjir itu.- REUTERS

Hey there! Ask me anything!