Colombia tegaskan hak pertahanan diri hadapi ancaman pencerobohan

BOGOTA, 7 Januari – Angkatan tentera Colombia akan mempertahankan wilayah dan kedaulatan negara sekiranya berlaku pencerobohan oleh Amerika Syarikat (AS).

Tegas Menteri Luar Colombia, Rosa Villavicencio pada Selasa, di bawah undang-undang antarabangsa, sesebuah negara mempunyai hak untuk mempertahankan diri secara sah.

“Kami telah menyatakan bahawa setiap negara dalam sistem antarabangsa mempunyai hak untuk mempertahankan diri, iaitu pertahanan yang sah.

“Angkatan tentera kami berada di bawah pimpinan Presiden Republik sebagai pemerintah tertinggi, dan misinya adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara.

“Sekiranya pencerobohan itu berlaku, angkatan tentera mesti mempertahankan wilayah dan kedaulatan negara,” katanya dalam sidang media di sini.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengancam Colombia dengan tindakan ketenteraan sama seperti yang dilaksanakan di negara jiran, Venezuela, yang berakhir dengan penahanan Presiden Nicolas Maduro. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.