Dipecat atau letak jawatan? Nasib Presiden Korea Selatan diketahui hari ini

SEOUL, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 200,000 orang dijangka berhimpun di ibu kota Korea Selatan hari ini bagi menyokong pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol, menurut seorang pegawai polis Seoul kepada AFP.

Ribuan orang telah berkumpul di hadapan parlimen negara itu, yang akan mengundi untuk menentukan sama ada Yoon akan dipecat daripada jawatannya sekitar pukul 4.00 petang waktu tempatan (3.00 petang Malaysia).

Parlimen Korea Selatan mula membahas pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol, yang cuba mengisytiharkan undang-undang darurat tetapi gagal. Perbincangan itu disiarkan secara langsung oleh parlimen.

Pihak pembangkang memerlukan 200 undi untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan presiden atas tuduhan “pemberontakan” minggu lalu, yang telah mencetuskan krisis politik paling serius di Korea Selatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

BERITA BERKAITAN

Hey there! Ask me anything!