
TOKYO, 6 Januari- Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan pesisir barat Jepun pagi ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Gegaran direkodkan pada pukul 10.18 pagi waktu tempatan di wilayah Shimane.
Setakat ini, tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan.
Empat gempa susulan turut direkodkan di kawasan berkenaan berukuran magnitud 4.5, 5.1, 3.8 dan 5.4.
Jepun merekodkan kira-kira 1,500 gempa bumi setiap tahun, kebanyakannya berskala kecil dengan tahap kerosakan bergantung kepada lokasi dan kedalaman gempa. -AFP