Houthi beri amaran serang semula Lapangan Terbang Israel

SANAA, 5 Mei – Kumpulan Houthi semalam memberi amaran bahawa mereka akan menyambung semula serangan terhadap Israel, termasuk menyasarkan lapangan terbang utama negara itu.

Jurucakap tentera Houthi, Yayha Saree, berkata angkatan bersenjata Yaman akan menyasarkan lapangan terbang Israel, khususnya Ben Gurion di Lod, berhampiran Tel Aviv.

Beliau turut menggesa syarikat penerbangan antarabangsa untuk membatalkan semua penerbangan ke lapangan terbang berkenaan.

Serangan Houthi sebelum ini telah menyebabkan beberapa syarikat penerbangan menggantung penerbangan ke Israel. – AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.