Israel lakukan genosid terhadap Gaza – Presiden Brazil

ADDIS ABABA,18 Februari- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan operasi Israel ke atas Gaza sebagai tindakan pembunuhan beramai-ramai atau genosid.

“Apa yang berlaku di jalur Gaza bukanlah peperangan, ia adalah pembunuhan beramai-ramai,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Afrika di sini hari ini.

Sejak konflik Hamas- Israel bermula Oktober tahun lalu, pemimpin berusia 78 tahun itu lantang mengkritik kempen ketenteraan Israel.

Serangan berterusan Israel di Gaza setakat ini telah mengorbankan 28,985 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan. – AFP

Artikel Berkaitan:
Angka kematian Gaza melepasi 28,000
AS ancam sekat undi baharu Majlis Keselamatan PBB di Gaza
Israel lancar serangan udara di seluruh Gaza, lakukan penangkapan di hospital

Hey there! Ask me anything!