Israel larang 37 organisasi bantuan antarabangsa di Gaza, Tebing Barat

GAZA, 1 Januari – Israel melarang 37 organisasi bantuan antarabangsa beroperasi di Gaza dan Tebing Barat mulai 1 Januari 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Israel melarang 37 organisasi bantuan antarabangsa beroperasi di Gaza dan Tebing Barat mulai 1 Januari 2026.
  • Peraturan pendaftaran baharu menuntut pendedahan kakitangan, sumber pembiayaan, dan status operasi atas alasan keselamatan.
  • Organisasi antarabangsa dan pemimpin Eropah mengingatkan larangan itu memusnahkan akses bantuan dan menuntut pembatalan segera.

Larangan dibuat selepas organisasi terbabit kononnya gagal mematuhi syarat pendaftaran baharu yang lebih ketat, menurut laporan media Israel.

Pihak berkuasa negara haram itu berkata, peraturan baharu berasaskan keselamatan, menyingkirkan kakitangan dikaitkan dengan organisasi pengganas.

Langkah ini termasuk menangguhkan aktiviti beberapa organisasi bantuan antarabangsa, termasuk Doktor Tanpa Sempadan (MSF) kerana gagal menyerahkan maklumat kakitangan Palestin.

Peraturan pendaftaran baharu memerlukan organisasi mendedahkan nama kakitangan, sumber pembiayaan, dan status operasi mereka.

Bushra Khalidi dari pertubuhan kebajikan antarabangsa, Oxfam menyifatkan kesan larangan itu sebagai “memusnahkan”, memberi impak serius kepada akses bantuan kemanusiaan di Gaza.

“kekangan masuk bekalan asas melambatkan pembaikan, mengurangkan bekalan, dan menjejaskan air bersih, sanitasi, dan kesihatan awam,” katanya.

Pesuruhjaya Eropah, Hadja Lahbib pula menegaskan langkah Israel ibarat memutuskan bekalan menyelamatkan nyawa.

Beliau menuntut semua halangan akses bantuan dibatalkan serta-merta.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.