Israel serang 75 kawasan dikaitkan dengan pejuang Hezbollah

LUBNAN, 26 September – Kira-kira 75 kawasan yang dikaitkan dengan Hezbollah di Lubnan diserang Israel ketika tengah malam.

Sasaran itu termasuklah tempat simpanan peluru dan senjata yang dimiliki oleh pejuang Hezbollah.

“Sepanjang malam, tentera Israel menyerang kira-kira 75 sasaran ketenteraan milik Hezbollah di kawasan Bekaa dan selatan Lebanon, termasuk tempat penyimpanan senjata, peluru berpandu, yang berada dalam keadaan siap untuk digunakan,” serta infrastruktur lain, menurut kenyataan tentera tersebut. – AFP

ARTIKEL BERKAITAN

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.