Isu kualiti, Nestle umum penarikan balik susu formula bayi di Eropah

ZURICH, 6 Januari– Syarikat gergasi makanan Switzerland, Nestlé pada Isnin mengumumkan penarikan balik beberapa kelompok susu formula bayi di beberapa negara Eropah, termasuk Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Itali dan Sweden, sebagai langkah berjaga-jaga.

Nestlé memaklumkan pihaknya mengesan isu kualiti melibatkan bahan ramuan daripada salah satu pembekal utama.

Namun, tiada kes penyakit disahkan berkaitan dengan produk terlibat, setakat ini.

Syarikat itu berkata ujian telah dijalankan terhadap minyak asid arakidonik serta campuran minyak yang digunakan dalam pengeluaran produk pemakanan bayi yang berpotensi terjejas.

Sementara itu, Nestlé Perancis melaksanakan penarikan balik secara sukarela dan pencegahan terhadap beberapa kelompok susu formula jenama Guigoz dan Nidal selepas siasatan lanjut menunjukkan kemungkinan kehadiran cereulide, sejenis toksin yang boleh menyebabkan masalah pencernaan.

Nestlé turut memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, selain menyediakan maklumat nombor kelompok produk terjejas serta arahan pemulangan dan bayaran balik kepada pengguna. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.