Jet tentera Bulgaria terhempas, dua terbunuh

SOFIA, 13 September- Dua individu disahkan maut selepas jet latihan tentera Bulgaria terhempas pada Jumaat, kata Perdana Menteri Dimitar Glavchev, lapor Xinhua.

Kementerian Pertahanan negara memaklumkan pesawat latihan tempur L-39ZA terhempas semasa persiapan untuk pertunjukan udara yang dijangka diadakan pada Sabtu di Pangkalan Penerbangan ke-3 berhampiran Bandar Plovdiv.

Ia menyatakan bahawa langkah telah diambil untuk memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh kejadian itu dan pertunjukan udara tersebut telah dibatalkan. -BERNAMA-XINHUA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.