
CARACAS, 6 Januari -Parlimen Venezuela pada Isnin memilih semula Jorge Rodriguez sebagai presidennya.
Jorge Rodriguez merupakan abang kepada presiden interim Venezuela, Delcy Rodriguez, sekali gus meletakkan adik-beradik itu kini menguasai cabang eksekutif dan perundangan negara berkenaan.
Delcy Rodriguez dilaporkan menerima sokongan penuh pihak tentera, selain sokongan daripada anak lelaki Nicolas Maduro yang juga ahli parlimen, Nicolas Maduro Guerra.
Pada Isnin, ahli-ahli parlimen mengecam keras penangkapan Maduro, yang akan dibicarakan di New York atas pertuduhan pengedaran dadah bersama isterinya, Cilia Flores. – AFP