Kebakaran hutan: Ribuan penduduk New Jersey dipindahkan

NEW JERSEY, 23 April- Kebakaran hutan yang sedang marak di timur New Jersey, Amerika Syarikat telah memaksa pihak berkuasa tempatan memindahkan ribuan penduduk serta menutup sebahagian lebuh raya utama pada Selasa.

Rakaman satelit masa nyata yang dikeluarkan oleh Cooperative Institute for Research in the Atmosphere (CIRA) menunjukkan kebakaran tersebut tercetus dan merebak dengan pantas di kawasan berkenaan.

Menurut Perkhidmatan Bomba New Jersey, gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di seluruh daerah Ocean, iaitu kawasan yang paling terjejas akibat kebakaran itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan, menurut laporan media tempatan.-REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.