Kemboja dakwa tidak sengaja lancar mortar – Tentera Thailand

BANGKOK, 6 Januari- Tentera Thailand melaporkan bahawa pihak Kemboja mendakwa tembakan rentas sempadan di wilayah Ubon Ratchathani hari ini adalah satu kemalangan.

“Unit tentera di kawasan itu dihubungi pihak Kemboja yang mendakwa tiada niat melepaskan tembakan ke arah wilayah Thailand dan menyatakan ia berpunca kesilapan operasi.

“Jika berlaku lagi, Thailand mungkin mengambil tindakan balas,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, satu serangan mortar dilapor berlaku pagi tadi, mengakibatkan seorang anggota tentera Thailand cedera akibat serpihan.

Tindakan berkenaan disifatkan Bangkok sebagai mencabuli gencatan senjata berkuat kuasa 10 hari lalu.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata enggan mengulas mengenai dakwaan serangan terbaharu berkenaan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.