Lapan orang maut, 10 cedera diserang pasukan bersenjata

(Foto Fail)

OUAGADOUGOU, 15 September- Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban manakala 10 lagi cedera selepas diserang pasukan bersenjata di Burkino Faso.

Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan terbaharu di Afrika Barat itu menyaksikan kumpulan bersenjata menyasarkan kem pelarian di Wendou, wilayah Seno.

“Kem berkenaaan menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal.

“Tembakan itu berlangsung selama sejam.

“Jumlah mangsa terlibat dijangka meningkat kerana beberapa orang hilang selepas insiden berlaku,” katanya kepada AFP di sini.

Tambahnya, pasukannya telah mengambil langkah keselamatan lebih ketat untuk memastikan kem di kawasan itu. – AFP


(Foto Fail)

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.