Lapangan terbang di Kolkata, India dinaiki banjir

KOLKATA, 4 Ogos- Sebuah lapangan terbang di India dinaiki air banjir ketika hujan lebat melanda kawasan dekat sini, semalam.

Rakaman menunjukkan banjir menjejaskan kawasan landasan di Netaji Subhas Chandra Bose International.

Ia turut memaparkan beberapa pesawat digenangi air di sekitar rodanya.

Bagaimanapun, pegawai lapangan terbang memberitahu kedua-dua landasan dan semua laluan teksi telah beroperasi sepenuhnya tetapi beberapa tempat letak kereta masih terjejas.

Pam tambahan telah digunakan untuk mengalirkan air dari kawasan operasi. -Reuters

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.