Lapangan Terbang Port Sudan diserang dron

SUDAN, 4 Mei – Lapangan terbang di Port Sudan dilaporkan terkena serangan dron, pada Ahad.

Menurut seorang pegawai lapangan terbang kepada AFP, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat daripada serangan itu.

Port Sudan menjadi pusat pentadbiran sementara bagi kerajaan Sudan yang berpihak kepada tentera.

Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah melancarkan beberapa “dron bunuh diri” ke arah bandar pesisir Port Sudan.

Ia menyasarkan lapangan terbang serta sebuah gudang barangan dan beberapa kemudahan awam, namun mengakibatkan kerosakan kecil, menurut kenyataan jurucakap tentera. – AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.