Loji nuklear Jepun guna data tidak tepat anggar risiko gempa bumi

TOKYO, 6 Januari – Sebuah pengendali loji nuklear di Jepun memaklumkan pihaknya mungkin telah mengemukakan data yang merendahkan anggaran risiko gempa bumi kepada pengawal selia.

Loji Hamaoka milik Chubu Electric Power kini dalam proses semakan keselamatan dengan sasaran untuk mengoperasikan semula dua reaktor.

Namun Presiden syarikat memaklumkan, anggaran maksimum gegaran tanah yang mungkin dialami loji itu ketika gempa bumi berkemungkinan tidak tepat dan lebih rendah daripada paras sebenar.

Beliau berkata perkara itu boleh menjejaskan proses semakan keselamatan serta kepercayaan masyarakat terhadap operasi tenaga nuklear syarikat.

Jepun kini kembali memberi tumpuan kepada tenaga nuklear bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050.

Dalam masa sama, pihak berkuasa peraturan nuklear menggantung proses semakan keselamatan terhadap Loji Hamaoka bagi memberi ruang siasatan dijalankan.

Loji itu terletak berhampiran kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami gempa bumi besar di Lautan Pasifik.-AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.