Mahkamah Korea Selatan dengar hujahan akhir perbicaraan Yoon

SEOUL, 7 Januari – Mahkamah Daerah Pusat Seoul dijadualkan mendengar hujahan akhir dalam perbicaraan membabitkan bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, yang disyaki terlibat dalam kes hasutan, susulan pelaksanaan undang-undang tentera pada Disember 2024.

Pendakwa raya dijangka mengemukakan permohonan hukuman, manakala Yoon pula dijangka menyampaikan kenyataan terakhirnya di mahkamah.

Kesalahan hasutan merupakan antara beberapa pertuduhan jenayah yang tidak dilindungi imuniti presiden di Korea Selatan.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, namun negara itu tidak melaksanakan hukuman mati sejak beberapa dekad lalu.

Bulan lalu, pendakwa khas Korea Selatan memohon hukuman penjara selama 10 tahun terhadap Yoon atas pertuduhan termasuk cubaan menghalang penahanannya, sekali gus menjadi hukuman penjara pertama yang dimohon pendakwa khas berhubung pelbagai pertuduhan yang dihadapi bekas presiden itu.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.